Sejarah SKPN

Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas merupakan sebuah sekolah Melayu yang dibuka pada bulan Jun , 1946 . Kedudukan sekolah ini dari Jalan Johor , Pontian lebih kurang setengah kilometer .
Tanah sekolah ini telah diwakafkan oleh Tn. Hj. Ibrahim b Abdul Bada’ . Guru Besar pertama sekolah ini ialah En Esa b Baharom yang merupakan guru tunggal semasa itu . Muridnya waktu itu seramai 25 orang . Murid-muridnya dari Kampung Lubuk Sawah , Kampung Pengkalan Raja , Kampung Parit Pasir dan Kampung Batu 26 .

Lembaga Pengurus Sekolah masa itu terdiri :
En Abas b Daeng Matarang ( Pengerusi )
Tn. Hj. Mohd Tahir @ Hj. Ahmad b Hj. Hassan ( Setiausaha )
Tn. Hj. Ibrahim b Abd Bada’ ( Bendahari )
AJK
Tn. Hj. Abdul Rahman b Madon 
En. Musa b Mohd Amin 
En. Baharuddin b Sufi 
Kopral Hashim

Kronologi Sejarah SK Pekan Nanas : 

1949 - Penyerahan bangunan kayu untuk menampung kekurangan tempat belajar hingga darjah empat oleh Tn. Hj. Ibrahim b Abd Bada’.
1950 - Pertukaran nama kepada Sekolah Melayu Pekan Nanas .
1952 - Pembinaan bangunan 4 bilik darjah bercantum dengan rumah guru oleh kerajaan .
1963 - Perasmian oleh DYTM Tunku Ismail b Sultan Ibrahim (TM).
1956 - Pertukaran nama kepada Sekolah Umum Pekan Nanas .
1979 - Sebuah bangunan 8 bilik darjah telah dibina .
1988 - Sebuah bangunan 8 bilik darjah telah dibina .
1994 - Pembinaan sebuah bangunan 8 bilik darjah dan satu blok bilik Kemahiran Hidup untuk kemudahan 700 orang murid .
16 Disember 2003 - Sebahagian kecil murid iaitu lebih kurang 200 orang telah dipindahkan ke SK Batu 24 ( sekolah baru ) di Pekan Nanas .

SENARAI GURU BESAR SKPN

Tn. Hj. Esa bin Baharudin. ( 1946 – 1956 ) En. Hisham bin Abu. ( 1957 – 1978 ) Syed Ab. Kadir bin Syed Ibrahim. ( 1979 – 1980 ) En. Ismail bin Omar. ( 1980 – 1980 ) En. Hashim bin Bahali. ( 1981 – 1983 ) En. Abd. Wahab bin Sinullah. ( 1983 – 1985 ) En. Zainal Abidin bin Ibrahim. ( 1985 – 1989 ) Tn. Hj. Badri bin Idris. ( 1989 – 1994 ) Tn. Hj. Samuri bi Komar. ( 1995 – 1998 ) Tn. Hj. Jamaluddin bin Omar. ( 8/1998 – 4/2000 ) En. Ab. Rahman bin Murad. ( 4/2000 – 6/2003 ) En. Abdl. Azis bin Abdullah. ( 11/2003 – 31/01/2005 ) En. Marjuni bin Hj. Suradi. ( 01/02/2005 – 31/07/2007 ) En. Md Azman bin Jayus ( 01/08/2007 - hingga sekarang)

Penafian

Pengurus laman web ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.